kemaafan satu nikmat kemanisan yang dapat kita berikan kepada insan.
Ada seorang sahabat Rasulullah SAW yang Rasulullah SAW tunjukkan sebagai ahli syurga hingga sahabat-sahabat lain mula sibuk menyelidiki apa specialnya sahabat itu hingga ditunjukkan oleh Baginda Rasul sebagai ahli syurga. Akhirnya diketahui sahabat itu amalannya macam biasa saja berbanding sahabat-sahabat lain cuma satu perkara yang telah mengangkatnya sebagai ahli syurga adalah dia sentiasa memberi kemaafan kepada orang lain. Setiapkali sebelum terlelap mata, dia akan memaafkan semua kesalahan orang lain kepadanya....tak kira siapa.
3 perkara yang meningkatkan kemulian .....
- Memaafkan kesalahan orang lain dan menghapuskan bekas-bekasnya
- Memberi sesuatu kepada orang yang tidak pernah memberinya sesuatu
- Menyambung silaturrahim dengan orang yang memutuskan hubungan silaturrahim dengan dia.
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
p/s :buat semua yang pernah mengenaliku, 1st aku nak mintak maaf byk2 ngn semua, aku thu selama ini aku ada buat salah kat korang semua, aku harap korang maafkan aku.... 2nd, aku harap korng terus keep-in-touch....